Friday, October 31, 2008

Update Update Update (Bahasa Melayu)

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera,

Wynken Delirium baru selesai bermain dalam gig The Great Southern Gathering pada 26-Oct-08 lalu di Rookies, Pasir Gudang bersama-sama dengan Bannbodo, Damokis, Predicate Not Defined dan Blind Tribe. Kami bertuah dan berasa rendah hati dapat bermain bersama-sama dengan band-band yang hebat belaka. Sambutan gig ini agak menggalakkan, Alhamdulillah dan InsyaAllah Rookies akan menganjurkan lebih banyak Show seperti ini. Terima kasih kepada Encik Jack, boss Rookies. Wynken Delirium juga akan bertanding di dalam GBOB Finals di Planet Hollywood, 13-Nov-08 dan diharapkan teman-teman dapat memberikan sokongan yang sepenuhnya. Kami akan cuba yang terbaik. 13-Dec-08 ini kami juga dijadualkan bermain di Immortal Bar, Khaosan Road, Bangkok, Thailand. Terima kasih kepada Encik Fah yang sudi mengundang kami bermain di sana. Moga-moga semuanya berjalan lancar, tertib dan sopan seperti yang dirancang. Baru-baru ini juga lagu kami Jingling Nona ke udara dari internet podcast dari Michigan, USA, Soupygato Show. Thanks Mike!

Dari segi materials pula, Wynken Delirium sudah selesai mixing dan menghantar 7 tracks kepada teman kami Encik Gunawan (dari band Suaka) di Stonedeafmusic Studio, New York City, USA untuk mastering. Zaihas pula sedang bertungkus-lumus sehingga hampir pekak untuk menyiapkan proses mixing untuk 4 lagu selebihnya. 11 lagu ini bakal dipertaruhkan untuk debut album kami, The Alchemy Of Worlds, yang diharapkan dapat kami release pada tahun 2009 nanti. Kami merancang untuk mereleasekan album ini di bawah label Orgasmatron Records dan juga telah dapat menarik minat sebuah indie label dari USA, Deadsea Records untuk distribution deal di luar Malaysia. Sementara itu, CD-R single kami Eyes Of Good/Jingling Nona masih boleh didapati secara percuma dari kami dan kami juga ada menjual DVD persembahan live kami The DVD That's Not Supposed To Be pada harga RM 5 sekeping.

Kami juga baru menyiapkan video clip untuk lagu kami Jingling Nona dan hasilnya agak menyeronokkan gusi dan gigi. Kami sedang dalam rancangan untuk menyiapkan video clip kedua kami untuk lagu Eyes Of Good pula. Kali ini dengan jalan cerita, dan Ajax telah dapat mengenalpasti beberapa kawasan pembinaan yang tidak terurus yang akan digunakan untuk video clip ini nanti. Ternyata membuat video clip merupakan aktiviti yang amat menghiburkan.

Terima kasih.

Wynken Delirium